Aku sehelai baju kemeja. Aku dilahirkan bersama kawan-kawanku.Badanku berwarna merah jambu dan berbunga-bunga.Aku bernama Didi.Setelah aku dilahirkan,aku dipamerkan di sebuah kedai yang bernama Seri Mawar.Aku dijual dengan harga RM 200.00.
Pada suatu hari,seorang kanak-kanak perempuan bernama Armera membelek-belek badanku.Dia tersenyum melihatku.Dia membawaku ke kaunter bayaran.Dia pun membawaku pulang sambil menyanyi-nyanyi.Aku amat gembira kerana mendapat tuan yang sangat baik.
Keesokkan harinya,tuanku hendak pergi bercuti ke Hong Kong Disneyland.Dia membasuhku dengan pencuci yang berbau wangi.Dia memakaiku dengan cermat.Semasa bercuti di sana,kami melakukan bermacam-macam aktiviti yang menyeronokkan.Aku amat sayang akan tuanku kerana dia telah menjagaku dengan baik.
Setelah kami selesai bercuti,kami pun pulang ke rumah .Tiba-tiba,tuanku menjerit.Dia terkejut melihatku terkoyak akibat terkena pagar.Dia pun terus pergi ke rumah jirannya,Puan Wardina Lia.beliau seorang penjahit baju.Puan Lia pun terus menjahitku sehingga kesan koyak itu kembali kepada asal.Aku amat gembira kerana badanku pulih semula.
TAMAT....
Friday, 2 March 2012
Aku Sehelai Baju Kemeja (karangan bahasa malaysia)
Posted by bidadari at 06:27
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment